|
Ayah, Anak dan Mobil Sport (Cerita Hikmah dari Negeri Jiran Malaysia) Jurnal Muslimah - Monday, 26 July 2004
Kafemuslimah.com Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengkajiannya1 mengharapkan sebuah kereta2 sport daripada ayahnya. Lantas, si pemuda memberitahu hajatnya itu kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama. Si ayah hanya tersenyum. Si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya3 begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.
Beberapa bulan berlalu.
Ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya telah beroleh kejayaan4 yang cukup cemerlang. Hatinya berbunga keriangan. Satu hari. Si ayah memanggil
si anak ke bilik5 bacaannya. Si ayah memuji anaknya sambil menyatakan senang dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang. Si anak tersenyum puas. Di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu. Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik.
Si anak terkesima. “Sungguh. Bukan itu yg kuhajatkan.” Hatinya berontak tak terima tapi tetap diterimanya kotak itu dengan hati yang berat. Kotak itu bertukar tangan sudah. Matanya terarah kepada riak wajah ayahnya yang tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya. Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu.
Penutup kotak dibuka.
“Apa makna semua ini?” Sebuah Al-Quran kecil; comel dengan cover kulit. Tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan. Si anak memandang ayahnya. Terasa dirinya dipermainkan. Amarahnya membuak. Nafsu mudanya bergelojak.
“Ayah sengaja mempermainkan saya!!! Ayah bukannya tidak tahu betapa saya menyukai kereta tu. Bukannya ayah tidak mampu untuk membelikannya...Sudah ayah...Bukan Al-Quran ni yang saya nak!!!” Katanya keras. Al-Quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan. Si anak terus meninggalkan si ayah. Tanpa memberi walau sepicing6 untuk si ayah bersuara. Pakaiannya disumbatkan7 ke dalam beg8..lantas, dia meninggalkan banglo9 mewah ayahnya. Dia memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya.
10 tahun berlalu. Si anak kini merupakan seorang yang berharta. Punyai syarikat10 sendiri. Dengan isteri yang cantik dan anak-anak yang sihat. Cukup membahagiakan. Namun hatinya tersentuh. Sudah 10 tahun. Sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya. Sedang dia berkira-kira sendiri, telefonnya berdering. Dari peguam11 ayahnya. Ayahnya meninggal dunia semalam dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak. Si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang berkaitan perwarisan harta. Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa, si anak pulang ke banglo ayahnya. Memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya. Hatinya sebak12. Bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaan ayahnya, Al-Quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ. Bagaikan setianya hati ayahnya
mengharapkan kepulangannya selama ini. Perlahan-lahan langkahnya menuju ke
situ. Mengambil Al-Quran itu lalu membelek-beleknya dengan penuh keharuan.
Tiba-tiba ... jatuh sesuatu dari Al-Quran itu. Segugus kunci dari muka belakang Al-Quran itu ... sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu. Kunci itu segera dipungut. Hatinya tertanya-tanya. Nyata sekali di dalam sampul surat itu terdapat resit pembelian kereta idamannya. Dibeli pada hari konvokesyennya13; dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah. Sepucuk warkah tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini:
”hadiah teristimewa untuk putera kesayanganku”
Air mata si anak menitis deras. Hatinya bagai ditusuk sembilu. Penyesalan mula bertandang. Namun semuanya sudah terlambat.
Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yang kita hajati? Aku bukannya yang terbaik untuk memberi nasihat, sekadar berkongsi ilmu untuk saling mengingati.
Wassalam
-----
kiriman "ct khadijah muhd" [email protected] yang diforward oleh ahmad riduwan" judul: ayah, anak dan mobil sport
ket:
1 Pengkajian: Kegiatan mengkaji sebuah ilmu.
2 kereta: Mobil
3 peperiksaannya: Nilai Akhir tanda kelulusan
4 kejayaan: kesuksesan
5 bilik: ruang atau kamar
6 sepicing: sekejap
7 disumbatkan: diselipkan; dimasukkan
8 beg: tas; koper
9 banglo: rumah besar; bungalow
10 syarikat: usaha (wirausaha)
11 peguam: pengacara
12 sebak: sesak karena perasaan sedih atau terharu
13 konvekeseyen: kelulusan; wisuda
[ 0 komentar]
|
|